- |
Pengguna dikehendaki berpakaian kemas, bersih dan sesuai dengan persekitaran Pusat Sumber. |
- |
Berkelakuan sopan dan tertib semasa berada di Pusat Sumber. |
- |
Dilarang membuat bising di dalam Pusat Sumber. |
- |
Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman serta makan di dalam Pusat Sumber. |
- |
Meletakkan buku dan majalah yang telah dibaca diatas troli yang disediakan. |
- |
Sekiranya pengguna ingin mendapatkan sumber buku/bahan yang diperlukan yang tidak terdapat di Pusat Sumber, pengguna boleh mengemukakan dengan memberi tajuk buku atau nama pengarang dan nama penerbit kepada pihak Pusat Sumber. |
- |
Tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit ketika berada di kawasan Pusat Sumber. |
- |
Dilarang mengoyak, memotong, menconteng dan merosakkan mana-mana bahagian muka surat buku, majalah dan surat khabar. |
- |
Dilarang mengambil gambar-gambar di persekitaran dalaman perpustakaan atau gambar di dalam buku-buku di Pusat Sumber tanpa kebenaran pegawai yang bertugas. |
- |
Dilarang mempamer, mengedar, menampal atau melekatkan apa-apa bil, notis atau iklan di dalam dan di luar Pusat Sumber. |
- |
Dilarang melakukan gejala Vandalisme. |
- |
Sila buang sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan. |